Testimoni MMG Massage Gel – Minyak Urut Moden MMG Gold

Minyak kayu putih dalam MMG Massage Gel Gold ni lebih banyak jika dibandingkan dengan MMG Massage Gel Lavender. Jikalau MMG Gold disapu pada kawasan alahan resdung, InshaAllah nampak lebih cepat kesannya.

Saya dah sapu MMG Gold pada suami baru baru ini. Suami kurang sihat akibat alahan makan kerang. Resdung suami jadi lebih teruk dari sebelumnya. Suami mengadu rasa tidak selesa untuk bernafas dan sakit kepala.

Saya sapukan MMG Gold pada Zon T, pipi dan kepala bahagian atas telinga. Sebelum buat urutan di muka suami, saya dapati (boleh di rasa dengan sentuhan seperti ada takungan lendir) di dalam kulit. Dan kawasan tersebut kelihatan sedikit bengkak.

Alhamdulillah setelah saya sapu, asbab ikhtiar dengan Minyak urut moden MMG Gold ni, cecair lendir yang saya rasa tadi sudah tiada. Dah boleh bernafas lebih lancar dan selesa.

Dan kepala yang asalnya berat terus jadi ringan.