Projek awal tahun, Feb 2019, saya gementar merakam video Flatlay sendiri. Tapi dengan percubaan ini saya faham bahawa merakan sendiri lebih susah bagi seorang newbie. Saya yang menjadi model tangan dan saya juga nak jeling kamera samada masih dalam sudut dan frame yang saya harapkan.

Stress dan kekok hingga terpicit banyak MMG Massage Gel lebih dari biasa. Selalunya, portion seperti ini saya gunakan untuk urut badan, urut pinggang, gastrik, migrain, sengugut dan kejang kaki.

Untuk resdung, selesema dan urutan bayi, sedikit sahaja dan memadai.

Oh ya, dalam video ini ada MMG botol yang paling comel pada tahun 2019. Dan selepas ini, mungkin saya akan rindu botol kecil 20g itu kerana ia tak akan dikeluarkan lagi pada tahun hadapan iaitu 2020.

Pihak HQ dan stokis Diamond juga sudah kehabisan stock si kecil ni.
Alahai.. nanti akan jadi kenangan sahaja.