MMG Gold Apple mahupun MMG Pink Lavender, kedua-duanya boleh digunakan untuk Resdung.

Kandungan Minyak Kayu Putih di dalam MMG mampu membantu melegakan rasa tidak selesa semasa, hidung tersumbat, hidung berair, gatal-gatal serta sakit kepala akibat resdung.

Malah Minyak Kayu Putih bersifat anti bakteria, anti kulat, anti virus, antiseptik. mampu mengeringkan luka dan menghapus jerawat

Berbalik pada MMG, teksturnya yang ringan, waterbase, tidak melekit dan cepat meresap membuatkan saya sangat selesa dan segar. 

Saya mengalami masalah resdung yang agak teruk pada umur hujung 20 an. Pada ketika itu, wajah berjerawat teruk dan sangat gatal. Saya alah kepada semua jenis makanan laut kecuali sesetengah jenis ikan sahaja.

Pada waktu itu, saya merawat resdung saya dengan rawatan kulit di Salon, pusat resdung, bekam, ubat klinik dan rawatan tradisional dan sebagainya.

Namun, hasil rawatan hanya bersifat sementara sahaja. Jerawat terus tumbuh di muka.

Setelah itu, saya hanya mengambil vitamin C dan mengelak terus dari makanan laut, mengurangkan makanan ringan  dan  berminyak. Selepas menjaga makanan, jerawat saya mula hilang. Namun parutnya tetap kekal hingga ke hari ini.

Tetapi sekiranya saya tersilap makan, jerawat dan gatal muka datang kembali. Seksanya menahan gatal itu. Jika di garu maka makin menjadi-jadilah jawabnya.

Sehingga satu hari, saya terbaca posting seorang rakan yang menggunakan MMG untuk resdung. Di mana masalah resdungnya berkurang dan dia sudah boleh makan seafood seperti dulu.

Saya sangat teruja dan menjadi pengguna setia MMG sehingga hari ini.

Berikut saya sertakan video cara kegunaan MMG untuk resdung.

Penggunaan MMG secara konsisten, telah membantu melegakan resdung saya. Tiada lagi masalah gatal-gatal dan bersin waktu pagi. Malah saya juga sudah boleh makan makanan seafood pada kadar sederhana setelah menggunakan MMG
Alhamdulillah, nikmatnya.