Senggugut Primer adalah senggugut yang dialami oleh gadis-gadis remaja.
Tetapi wanita yang masih subur juga boleh mengalami senggugut primer.

Selain dari penguncupan otot dinding rahim yang keterlaluan itu sendiri, faktor lain turut menyumbang kepada sengugut primer seperti diet tidak seimbang, stress berlebih-lebihan, kesan dari pil perancang dan lain-lain.

Senggugut Sekunder pula dialami oleh wanita dewasa yang masih subur. Rasa sakit senggugut, cramp dan contraction yang terlalu kuat.
Sekiranya ada diantara Anda yang mengalami senggugut Sekunder, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sesuai dan lebih baik.

7 Cara Yang Boleh Membantu Anda Melegakan dan Mengurangkan Nyeri Senggugut Primer, InshaAllah

1. Senaman Ringan
Meskipun bila senggugut menyukarkan pergerakan dan membuatkan wanita ingin berbaring sahaja,
namun fahamilah bahawa pergerakan akan membantu mempercepatkan pengaliran darah. Mulakan dengan pergerakan ringan seperti berjalan-jalan di dalam rumah,
dan susuli dengan gerakan senaman ringan mengikut keselesaan masing-masing.

2. Minum air kosong atau air suam secukupnya. Jika Anda mahu senggugut ini cepat berlalu, jangan sesekali mengurangkan minum air ketika datang bulan walaupun
anda rasa tidak selesa nak ke tandas. Ini adalah dilema yang perlu ditempuhi dengan sabar. Bersedia dengan “extra pad dan seluar kecemasan” sekiranya anda ingin lebih berhati-hati.

3. Bertungku atau tuam dengan beg air suam juga dapat membantu anda melancarkan pengedaran darah.

4. Mandi air suam juga sangat membantu melegakan rasa tak selesa di badan, memberikan mood tenang dan turut membantu melancarkan peredarah darah.

5. Makan mengikut diet yang seimbang. Menjaga tubuh badan dengan baik juga merupakan cara kita bersyukur.
Apalah salahnya kita elakkan dahulu pengambilan makan segera yang banyak MSG, kafein yang berlebihan dan kurangkan makanan yang tinggi lemak, terlalu manis dan terlalu masin.

6. Minum teh halia atau tambahkan halia dalam masakan anda. Halia bukan sahaja membuang angin, malah memberikan rasa hangat pada tubuh kita.

7. Sapukan minyak kayu putih di bahagian perut dan bawah perut. Minyak kayu putih InshaAllah boleh membantu mengurangkan nyeri dan krem di bawah perut.
Minyak kayu putih juga bersifat hangat yang boleh membantu melancaran peredaran darah.

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini, semoga sedikit sebanyak membantu anda di luar sana. Terima kasih.

Love,
Nadia Asha

Cara Bantu Legakan Senggugut